:: PANDU IKUT HAD LAJU :: Berhati-hati di jalan raya
  Borang Maklumbalas
LITRAK - Lingkaran Trans Kota Sdn.Bhd

 
 

Soalan Kerap (Umum)

Promosi Bonus 20% tambahnilai bagi pengguna Touch 'n Go:

1.            Promosi ini hanya sah untuk penggunaan Touch 'n Go di Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP) sahaja.

2.            Hanya sah untuk kenderaan kelas 1 (kereta / van / lori kecil [kenderaan bergandar 2 & bertayar 4]) sahaja.

3.            Tiada pendaftaran diperlukan kepada pengguna kad Touch 'n Go untuk mengambil bahagian di dalam promosi ini.

4.            Penggunaan minima sebanyak 100 penggunaan di LDP dalam satu (1) bulan mengikut kalendar bermula dari 1hb Januari 2011.

5.            Jumlah penggunaan tidak boleh dibawa ke bulan berikutnya, dan penggunaan bulanan bermula pada 1hb setiap bulan. Walaubagaimanapun, jumlah bonus tambahnilai boleh di bawa ke bulan berikutnya untuk tempoh terkumpul selama maksimum 6 (ENAM) bulan.

6.            Pengguna yang berkelayakan boleh mula tebus bonus tambahnilai bermula pada 15hb setiap bulan.

7.            Pengguna boleh membuat panggilan terus untuk menyemak dan mengetahui kelayakan BONUS TAMBAHNILAI melalui talian 03-7494 7128 / 03-7494 7124 / 03-5632 3745 ATAU pengguna boleh datang sendiri ke Kaunter P.O.S. Touch 'n Go di HENTIAN SEBELAH 2 (SUNWAY), LDP (arah Utara – dari Puchong ke Petaling Jaya).

8.            Bonus tambahnilai hanya boleh dibuat / ditebus sekali sahaja di kaunter-kaunter yang telah ditetapkan sahaja.

9.            Bonus tambahnilai tidak boleh dipindah ke kad Touch 'n Go yang lain.

10.       Untuk proses penebusan bonus tambahnilai, pengguna perlu mengemukakan kad Touch 'n Go di kaunter-kaunter penebusan yang telah ditetapkan.

11.       Tempat dan waktu penebusan bonus tambahnilai adalah seperti berikut :


Tempat

:

Hentian Sebelah 2, LEBUHRAYA DAMANSARA – PUCHONG
Kaunter POS Touch 'n Go
(bersebelahan ibu pejabat LITRAK / sebelum Tol Plaza Petaling Jaya)

 

 

 

03-5632 3745

 

Masa:

 

 

 

Isnin – Khamis:

08:30 AM – 04:30 PM

Jumaat:

08:30 AM – 05:15 PM

Sabtu, Ahad & Cuti Umum:

TUTUP

Soalan Kerap - Program Pengguna Kerap (FTP)

Siapa yang bakal mendapat kelebihan secara langsung dalam Program Pengguna Kerap ini?
Semua pengguna tol elektronik dan tunai LDP.

Berapa lamakah program ini diadakan?
Program ini adalah untuk tempoh 2 tahun, selepas itu ia akan dipantau untuk mengkaji keberkesanannya dan sejauhmana ia mencapai objektif kami.

Di manakah kemudahan tambah nilai akan disediakan?
Kemudahan tambah nilai disediakan di 3 lokasi iaitu di pusat jualan TnGo Menara Faber, pusat jualan KL Sentral dan ibu pejabat LITRAK.

Di manakah tempat untuk para pengguna tunai mendapatkan kad TnGo mereka?
Para pengguna boleh mendapatkan kad TnGo di Hentian Sebelah LDP Petaling Jaya Selatan (bersebelahan stesen minyak Esso) Bandar Sunway, PJS 9, 47500 Petaling Jaya, Selangor.

Apakah yang anda harapkan daripada program ini? Apakah objektif utama anda?
Untuk mengurangkan beban para pengguna kerap LDP
Untuk mempromosikan peralihan penggunaan tunai kepada penggunaan tol elektronik

Berapakah jumlah migrasi yang anda sasarkan daripada penggunaan tunai ke tol elektronik?
Kami sekarang telah mencapai 48% dan kita berharap untuk mencapai 70% pada akhir 2009.

Apakah ia akan memberi kesan positif kepada kesesakan yang dialami di TP1 dan TP2, apabila lebih ramai pengguna menggunakan laluan pantas seperti tol elektronik?
Kesesakan ini sebenarnya tidak berlaku di plaza tol sebaliknya disebabkan oleh kesesakan yang bermula daripada Lebuhraya Persekutuan. Jadi, selagi isu untuk meningkatkan kapasiti di Lebuhraya Persekutuan tidak diselesaikan, ia tetap tidak akan memberikan penyelesaian yang signifikan di TP2.

TP1 dan TP2 tidak terletak secara strategik dan ini adalah penyebab berlakunya kesesakan. Sila komen.

Lokasi plaza-plaza tol ini telah mengambil kira beberapa faktor seperti kesesuaian tanah dan rangkaian jalan yang sedia ada. Jika pun menjadi faktor kepada kesesakan, ia adalah pada tahap yang cukup minimum kerana kepadatan trafik sebenarnya hanya berlaku pada waktu puncak.

Apakah yang anda rasakan untuk menjadi penyelesaian terbaik kepada kesesakan waktu puncak di LDP?

Kesesakan pada waktu puncak adalah fenomena biasa di Lembah Klang. Ia tidak mempunyai penyelesaian terbaik kepada kesesakan pada waktu puncak kerana situasi pada masa inilah yang melibatkan jumlah trafik yang tertinggi pada setiap hari. Terdapat persamaan pendapat yang menyatakan sekiranya bilangan trafik berkurangan maka tahap kesesakan juga akan menurun. Dalam hal ini penyelesaian yang paling ideal adalah dengan mengurangkan jumlah kenderaan persendirian di jalan raya dengan cara menyediakan sistem pengangkutan alternatif yang efisien dan integrasi sistem pengangkutan awam seperti LRT dan bas di seberapa banyak tempat yang mungkin.

Apakah objektif asal LITRAK dengan mewujudkan LDP dan adakah ia akan dapat dicapai?

Objektif asal LDP adalah untuk melengkapkan bahagian barat Jalan Lingkaran Tengah II dan ini sudah pun tercapai. Sekarang ini MRR2 dan LDP telah membina laluan penting dalam mengurangkan trafik sekitar pusat bandar Kuala Lumpur tanpa memerlukan pengguna untuk merentasinya. LDP juga telah menyumbang kepada pembangunan negara dengan pembukaan koridor-koridor baru untuk pembangunan terutamanya di Puchong. LDP seterusnya merupakan laluan penting di bahagian Utara-Selatan di antara Kepong bahagian Utara dan Putrajaya di Selatan yang dilihat menjadi sebahagian daripada keseluruhan rangkaian jalan yang telah diintegrasikan.


Apakah kesan daripada usaha menaik taraf persimpangan bertingkat TTDI ke atas LDP?

Ia akan melancarkan aliran trafik dalam dan sekitar persimpangan bertingkat TTDI. Dijangkakan, sebanyak 100,000 pengguna kenderaan yang menghala ke arah Utara iaitu yang menuju ke Kepong dan di bahagian Selatan yang menuju ke Puchong akan mendapat faedah. Persimpangan bertingkat yang telah dinaiktaraf ini juga akan memberi kelancaran kepada aliran trafik setempat.


Ia kelihatan seperti kami membayar tol semata-mata untuk terperangkap dalam kesesakan atas berbagai-bagai alasan. Apakah ulasan anda?

Kesesakan berlaku disebabkan beberapa faktor luaran yang berada di luar bidang kuasa LITRAK. Sebaik-baik penyelesaian yang ada hanyalah sebagaimana yang dicadangkan oleh Menteri Kerja Raya, iaitu dengan mewujudkan sistem pengangkutan awam yang berintegrasi. Kita mempunyai 3.5 juta kenderaan dan 5 juta penduduk di dalam Lembah Klang, dan sebagai perbandingan, hanya 1.3 juta kenderaan digunakan oleh 20 juta penduduk di Jepun.

Kesesakan yang berlaku di luar waktu puncak kerap berlaku disebabkan kemalangan dan kerosakan di LDP dan penyebabnya adalah kerana ketiadaan lorong kecemasan di kawasan kritikal di sepanjang LDP. Bagaimana LDP boleh beroperasi tanpa kemudahan asas seperti ini?

Kebanyakan lebuhraya dalam Bandar tidak mempunyai tanah atau kawasan yang mencukupi untuk dijadikan lorong kecemasan. Dalam kebanyakan kes, persediaan yang dilakukan oleh operator lebuhraya sentiasa lengkap seperti Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT) seperti Ronda yang akan mengalihkan kenderaan yang rosak atau terlibat dalam kemalangan secepat yang mungkin. Pasukan Bertindak Keselamatan (ERT) LITRAK adalah yang paling efisyen di kalangan semua pengendali lebuh raya kerana berjaya mengekalkan masa bertindak dalam tempoh 6 minit.



 
LITRAK © Copyright Protected. Powered by Orangutan Solutions.
English Bahasa Malaysia